Tentang Kami
AFAZ – Inspirasi dan Aspirasi
Menghasilkan motosikal berkualiti tinggi dengan prestasi yang cemerlang
Jenama Malaysia dengan Wawasan Malaysia
AFAZ diinspirasikan oleh gaya hidup, aspirasi dan keperluan mobiliti rakyat Malaysia.
Lebih 30 Tahun Pengalaman
Disokong oleh pengalaman luas KMSB dalam pemasangan dan pengedaran motosikal, perkhidmatan selepas jualan serta sokongan komprehensif.
Dicipta untuk Setiap Rakyat Malaysia
Daripada perjalanan harian hingga ke urusan perniagaan, AFAZ direka khusus untuk memenuhi keperluan segenap lapisan masyarakat.
Dibina daripada Pengalaman. Dicipta untuk Malaysia.
Membangunkan motosikal yang mencerminkan keperluan, aspirasi dan kehidupan harian rakyat Malaysia.
AFAZ ialah jenama motosikal tempatan Malaysia yang dibina berteraskan pengalaman KMSB Motor Sdn. Bhd. selama lebih tiga dekad dalam industri motosikal negara.
KMSB telah membina kepakaran menyeluruh dalam pemasangan, pengedaran dan penjualan motosikal, perkhidmatan selepas jualan, latihan teknikal serta khidmat sokongan. Pengalaman ini memberikan kami pemahaman mendalam tentang keperluan dan keutamaan penunggang motosikal di Malaysia, termasuk kualiti, kecekapan, keselesaan, prestasi serta nilai yang berkekalan.
AFAZ membuka lembaran baharu melalui kepakaran jurutera dan pereka tempatan. Setiap motosikal menggabungkan gaya moden, prestasi dinamik dan praktikaliti untuk kegunaan harian rakyat Malaysia.
Kami komited untuk memperkukuh keupayaan tempatan, membangunkan bakat Malaysia dan menyumbang kepada kemajuan industri motosikal negara.
Seiring kemajuan Malaysia, AFAZ akan terus menghasilkan motosikal bagi menemani perjalanan hari ini menuju destinasi seterusnya.
AFAZ. Mantap Ke Destinasi.
KENCANA SPORT. Yang Pertama. Kebanggaan Kita.
Direka dengan fokus terhadap prestasi, motosikal pertama AFAZ ini menyerlahkan kuasa yang lancar, kawalan tunggangan penuh keyakinan dan praktikal untuk kegunaan harian. Dicipta untuk masyarakat Malaysia yang bersedia bersama mendepani perjalanan menuju terus ke hadapan.
KENCANA
Where Power Meets Purpose
Menghasilkan motosikal berkualiti tinggi dengan prestasi yang cemerlang

Performance Engineering
Built with Suzuki’s proven engineering, Afaz delivers power

Rider-Focused Comfort
Ergonomically crafted for comfort and control, Afaz balanced riding

Trusted Reliability
Designed with high-quality components and strict standards

Nationwide Support
Backed by authorised dealers and service centres, Afaz offers professional support

